[SALAM KEMERDEKAAN KE-63]
- PERWAKILAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN 3
- Aug 30, 2020
- 1 min read
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami barisan Kefeloaan dan Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar 3 ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-63 buat negaraku tercinta Malaysia.
Semoga sama-sama kita menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan menyemaikan sikap menghormati tidak kira kaum, bangsa dan agama. Kami juga berharap rakyat Malaysia turut bekerjasama memerangi wabak virus COVID-19 agar negara kita bebas daripada virus tersebut dengan segera.
“Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan”. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Perdana Menteri Malaysia Pertama
"MERDEKA !!"
Ucapan tulus daripada,
Kefeloaan dan Perwakilan Mahasiswa Residensi Pelajar 3.
Universiti Malaysia Pahang.
Comments