[ PELANTIKAN PERWAKILAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN 3 SESI 2019/2020 ]
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Untuk makluman semua pada hari Khamis (03 Oktober 2019) yang lepas, seramai 16 orang calon PEKA 3 sesi 2019/2020 telah dilantik secara rasmi untuk menggalas tanggungjawab sebagai Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3.
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dengan baik serta amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan sepenuhnya
Sekian, Terima Kasih.
“Lend our ears to listen, lend our hands to help “
Yang menjalankan tugas,
Mantan Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.


[MALAM JALINAN KASIH BERSAMA PENGETUA]
Pada 9 Oktober yang lalu telah berlangsung MALAM JALINAN KASIH BERSAMA PENGETUA dan penghuni kolej kediaman 3. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pengetua dan penghuni KK3, memperkenalkan barisan felo serta pembantu felo dan memberi pendedahan kepada mahasiswi KK3 mengenai peraturan kolej kediaman.
Program ini berlangsung di Masjid UMP Gambang dengan penyertaan yang amat memberansangkan. Diharapkan program sebegini dapat mewujudkan ukhuwah di antara pelajar dan pengurusan KK3.
[BENGKEL PENGURUSAN PROGRAM PEKA 3]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu bengkel pengurusan program bagi Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) telah diadakan pada 16 Oktober 2019 yang bertempat di WDK-18 dan sebanyak 12 orang ahli PEKA 3 telah terlibat.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi PEKA 3 adalah bertujuan memberikan pendedahan tentang pengurusan program kepada exco - exco yang baru dilantik. Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan menerangkan setiap peranan ahli jawatan kuasa yang terlibat dalam setiap program dengan lebih terperinci kepada exco - exco PEKA 3
Sekian terima kasih,
"We aspire to inspire"
Yang menjalankan tugas,
Majliis Tertinggi,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.


[DISKUSI WANITA : KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA]
Satu program telah dianjurkan oleh Pusat Islam dan Pembangunan Insan dengan kerjasama Kolej Kediaman 3 dan Kolej Kediaman 1 pada 24 November 2019. Program yang berjudul DISKUSI WANITA ini bertempat di WDK-UK-01, UMP Kampus Gambang serta berlangsung daripada pukul 8:00 pagi sehingga 2:00 petang.
Untuk makluman, Majlis DISKUSI WANITA mempunyai 4 objektif iaitu
- Membina sahsiah dan akhlak peribadi yang jitu dalam kalangan belia.
- Memahami kepentingan untuk menjauhi perbuatan zina serta memahami maksud zina secara holistik menerusi penjelasan agama.
- Memperkasakan informasi dan maklumat yang tepat mengenai gaya hidup yang tidak sihat agar peserta mampu melakukan perubahan yang baik.
- Membina keyakinan dan motivasi diri yang mantap dan jitu.
Penceramah jemputan ialah PUAN ROSMAWATI BINTI ZAINAL merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Raudhatus Sakinah. Seramai lebih kurang 300 orang pelajar telah menyertai program DISKUSI WANITA dan memeriahkan majlis.
Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif dalam kalangan pelajar.
Sekian terima kasih,
"We Aspire to Inspire"
Yang menjalankan tugas,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.

[UMP CLEANING SPACES, CREATING HAPPY FACES 3.0]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu program UMP CLEANING SPACES, CREATING HAPPY FACES 3.0 bagi Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) telah diadakan pada 23 November 2019 yang bertempat di kawasan Kolej Kediaman 3. Seramai 16 orang ahli PEKA 3 telah terlibat dan seramai 94 orang pelajar perempuan dari penghuni Kolej Kediaman 3 turut serta dalam program yang dijalankan ini.
Program yang dianjurkan oleh EXCO Kebajikan dan Kerohanian PEKA 3 adalah bertujuan untuk memupuk budaya menyayangi alam sekitar dan bersama-sama mengekalkan kebersihan alam sekitar. Ini secara tidak langsung, dapat melatih pelajar untuk lebih berdisiplin dalam menjaga kebersihan. Bukan itu sahaja,program ini juga bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Sekian terima kasih,
“We aspire to inspire”
Yang menjalankan tugas,
Exco Kebajikan & Kerohanian,
Nur Liyana Binti Rejalei,
Sharifah Nur Zulaikha Syafiqah Binti Syed Abd Rahim,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang
[OSCAR NIGHT]
Assalamualaikum & Greetings.
It is pleased to announce that PEKA 3 Session 2019/2020 hosted an Appreciation Dinner themed Oscar Night to celebrate the former PEKA 3 Session 2018/2019 who have valiantly during their session.
The dinner was held as the followings:
Date: December 9, 2019 (Monday)
Time: 8.00 P.M - 11.45 P.M
Venue: Chancellery Banquet Hall, UMP Gambang
"We Aspire to Inspire"
Yours sincerely,
Residential College Student Representative 3 (PEKA 3) 2019/2020,
Universiti Malaysia Pahang.


[MOBILEGRAPHY WORKSHOP]
Satu program telah dianjurkan oleh Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 pada 13 Disember 2019. Program yang berjudul MOBILEGRAPHY WORKSHOP ini bertempat di WDK-UK-01, UMP Kampus Gambang serta berlangsung daripada pukul 8:00 malam sehingga 11:30 malam
Untuk makluman,program ini telah pun mencapai objektifnya iaitu:
• MEMBERI PENGETAHUAN DALAM MENGGUNAKAN DAN MENGAPLIKASIKAN TOOLS DALAM PERISIAN
• MEMBERI PENDEDAHAN DAN PENGETAHUAN ASAS MENGENAI MOBILEGRAPHY.
Tenaga pengajar bagi program ini ialah Encik Muhammad Najmi bin Mohd Yusof merupakan pengarah bagi syarikat Flux Academy iaitu syarikat fotografi yang dikendalikan oleh beliau sendiri. Seramai lebih kurang 300 orang pelajar telah menyertai program ini dan memeriahkan majlis.
Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif dalam kalangan pelajar.
Sekian terima kasih,
"We Aspire to Inspire"
Yang menjalankan tugas,
Nur Azlin Suzwani Maulat Azmal
Exco multimedia dan publisiti
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang

[MEMACU TRANSFORMASI PEKA 3]
Satu program telah diadakan oleh Majlis Tertinggi Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 pada hari Sabtu, 15 Februari 2020 di Pantai Sepat, Kuantan ,Pahang.
Program yang melibatkan ahli Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) dan Felo Kolej Kediaman 3 ini adalah bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim diantara ahli PEKA 3 dan kaki tangan Kolej Kediaman 3.
Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal ahli PEKA 3 dalam setiap slot yang dijalankan.
Diharapkan program ini dapat memberikan impak yang positif dalam diri setiap ahli PEKA 3 untuk sama-sama meningkatkan nama Kolej Kediaman 3 pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
NOR SYAFIQAH BT SAIFUL ARIF,
PRESIDEN,
PERWAKILAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN 3,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.

[RAKA HILL CLIMBING]
Satu program telah dianjurkan oleh Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 pada 23 FEBRUARI 2020 iaitu program RAKA HILL CLIMBING. Program ini bertempat di Bukit Raka, Bentong Pahang telah bermula pada jam 3:00 pagi dan berakhir pada jam 6:00 petang.
Untuk makluman,program ini telah pun mencapai objektifnya iaitu:
• Memberikan pengalaman mendaki secara berkumpulan kepada pelajar.
• Bagi melahirkan pelajar yang kuat dan sihat dari segi fizikal dan mental.
• Mewujudkan semangat bekerjasama sesama pasukan semasa mendaki bukit.
Jurupandu bagi program ini bekerja di bawah ROH (Recreation Outdoor Hikers) yang merupakan syarikat Advanture Tourism Organizer yang terlatih dan berpengalaman serta diiktiraf. Seramai lebih kurang 34 orang peserta telah menyertai program pendakian ini dengan jayanya.
Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif dalam kalangan pelajar.
Sekian terima kasih,
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Nur Zulfa binti Aziz
Nor Shahidah binti Abd Kader
Exco Rekreasi dan Komuniti
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang

[STOP THE STIGMA - (MENTAL HEALTH TALK)]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu program STOP THE STIGMA (MENTAL HEALTH TALK) yang dianjurkan oleh Exco Kebajikan dan Kerohanian PEKA 3 telah diadakan pada 28 Februari 2020 (Jumaat) bertempat di Astaka UMP Gambang .
Penceramah jemputan program ini adalah*Aiman Amri* yang merupakan Mental Health Advocate atau lebih dikenali sebagai Aiman Psikologi . Program ini mendapat sambutan seramai 606 pelajar UMP Gambang dan juga 16 wakil pelajar Kulliyah Farmasi dari UIA Kuantan.
Program ini adalah bertujuan untuk mengurangkan tanggapan dan stigma negatif berkaitan penyakit mental, pencegahan dan pengesanan awal penyakit mental, dan menekankan aspek-aspek penjagaan kesihatan mental.
Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif dalam kalangan pelajar.
Sekian terima kasih,
“WE ASPIRE TO INSPIRE”
Yang menjalankan tugas,
Exco Kebajikan & Kerohanian,
Sharifah Nur Zulaikha Syafiqah Binti Syed Abd Rahim,
Nur Liyana Binti Rejalei,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang

[CAREER KICK START: ENTREPRENEUR VS. INDUSTRY]
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu forum CAREER KICK START: ENTREPRENEUR VS INDUSTRY yang dianjurkan oleh Exco Keusahawanan PEKA 3 dengan kerjasama CPDC sempena Karnival Kerjaya 2020 telah diadakan pada 29 Februari 2020 (Sabtu) bertempat di Astaka UMP Gambang.
Panel jemputan forum ini,
💕Mr Vincent Lua
💕Dr Maryam Aziz
💕Encik Ishak Karim
telah banyak berkongsi pengalaman dan tips-tips berkaitan alam pekerjaan kepada mahasiswa UMP.
Program ini mendapat sambutan ramai pelajar UMP Gambang.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa UMP tentang perbezaan sebagai seorang keusahawanan dan bekerja di industri.
Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif dalam kalangan pelajar.
Sekian terima kasih.
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Exco Keusahawanan,
Liew Ka Man,
Asliza Binti A'zali,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.

[LET'S BE A HERO 2.0]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan sukacitanya PEKA 3 Sesi 2019/2020 telah menganjurkan program Let's Be A Hero 2.0 pada 10 Mac 2020 pada pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang yang bertempat di Ruang Legar, Blok W, Kampus Gambang. Program ini telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama
Pusat Kesihatan UMP (Kampus Gambang), Klinik Pergigian Jaya Gading dan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Program ini bertujuan memberikan kesedaran tentang kepentingan menderma darah dan menjaga kebersihan gigi. Selain itu, ia dilaksana untuk mengukuhkan perpaduan dan ihsan dalam kalangan masyarakat sekaligus mempromosikan UMP.
Seramai 247 orang telah hadir bagi memeriahkan program. Antara aktivit yang telah dijalankan adalah derma darah, pemeriksaan gigi, pemeriksaan kesihatan dan pendaftaran sebagai penderma organ.
Konsep program ini pula adalah untuk menyemarakkan kempen derma darah dan kepentingan menjaga kebersihan gigi kepada warga UMP dan masyarakat. Program ini juga menjadi platform warga UMP dan masyrakat melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan dalam masa yang singkat bahkan mendidik warga UMP dan masyarakat untuk mementingkan aspek kesihatan dalam kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih.
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Exco Rekreasi & Komuniti,
Norshahidah binti Abd Kader,
Nur Zulfa binti Aziz,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.

[EXPLOSPORTS DAY]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan sukacitanya PEKA 3 Sesi 2019/2020 telah menganjurkan program Explosports Day pada 14 Mac 2020 pada pukul 8:00 pagi hingga 1:00 petang yang bertempat di Ruang Legar Hadapan Kolej Kediaman 3, Kampus Gambang. Program ini telah berjalan dengan lancar.
Program ini bertujuan memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dengan melibatkan diri dengan aktiviti kesukanan seperti ini. Selain itu, ia juga dilaksanakan untuk mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa kolej kediaman 3.
Seramai 33 orang telah hadir bagi memeriahkan program. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan pada setiap titik perhentian .
Konsep program ini pula adalah untuk menyemarakkan sifat mementingkan kesihatan di kalangan mahasiswa. Program ini juga menjadi platform warga kolej kediaman 3 untuk sentiasa menjaga kesihatan diri masing-masing melalui aktiviti kesukanan seperti ini kerana "Badan Sihat, Otak Cerdas"
Sekian, terima kasih.
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Exco Multimedia & Publisiti,
Aimi Soleha Binti Baba,
Nur Azlin Suzwani Binti Maulat Azmal,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang

[SUMBANGAN MAKANAN KEPADA MAHASISWA UMP OLEH YB MOHD SHAHAR]
Assalamualaikum dn salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa seluruh mahasiswa UMP yang masih menetap di kolej kediaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan telah mendapat sumbangan makanan daripada YB Mohd Shahar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II.
Sejumlah 1500 makanan telah disumbangkan selama tiga hari bermula daripada 20 Mac 2020 ini telah diagihkan di seluruh kampus Gambang dan Pekan.
Pengetua Kolej Kediaman 3, Puan Rosjuliana Hidayu bersama felo-felo, Puan Hanisah, Puan Juwairiyah serta pembantu felo, Puan Ebtehal Atta, Puan Izzah Hayati dan Cik Azizah telah turun mengagihkan makanan kepada mahasiswa Kolej Kediaman 3.
Oleh demikian, Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Mohd Shahar atas sumbangan beliau yang amat bernilai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Tidak lupa juga, kepada felo-felo Kolej Kediaman 3 yang sudi turun mengagihkan makanan dan amat mengambil berat akan kebajikan para pelajar.
Semoga yang Maha Esa, membalas segala jasa baik dan budi Tuan dan Puan serta dirahmatiNya.
Kami juga berharap mahasiswa UMP memberikan kerjasama yang baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.
Sekian, terima kasih.
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Perwakilan Pelajar Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.

[ KOLEJ KEDIAMAN 3 SHARING - "Ibu Ayah kami selamat disini" ]
Pelajar kolej kediaman 3 Universiti Malaysia Pahang masing-masing menunjukkan rasa syukur dan selamat berada di dalam kampus.
Pematuhan Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 adalah amanah yg perlu digalas sebaiknya oleh Semua Rakyat Malaysia. Bersama kita mematuhi perintah yang dikeluarkan dalam usaha kita menangani wabak #COVID19.
Pihak universiti juga sentiasa memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pelajar berada pada tahap memuaskan.
Semoga semua warga ump yang menggalas tanggungjawab demi memastikan pelajar sihat dan selamat serta seluruh petugas barisan hadapan diberikan kesihatan yang baik dalam menangani COVID-19 ini dengan kadar yang segera.
#StaySafe
#StayPutWhereYouAre
#StayAtHome
#StayInCampus
#KolejKediaman3
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.

[PERTANDINGAN MENCIPTA TAGLINE #staysafe ]
Pertandingan mencipta tagline #staysafe telah diadakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 bagi pelajar yang menginap di Kolej Kediaman 3, di mana pelajar diminta untuk mengambil gambar mereka bersama tagline #staysafe di dalam kawasan kampus.
Oleh itu, satu penyampaian hadiah kepada pemenang(pelajar-pelajar yang tinggal di kolej kediaman) bagi pertandingan mencipta tagline #staysafe telah dijalankan pada 1 April 2020. Hadiah disediakan bagi pemenang tempat pertama hingga ketiga serta saguhati untuk semua peserta.
Semasa penyampaian itu juga, pelajar telah di bekalkan Face Mask dan setelah selesai mereka pulang ke bilik masing-masing.
Sesi penyampaian hadiah ini berlangsung dalam jangka masa yang pendek dan mengamalkan 'social distancing' sepanjang majlis tersebut.
Inisiatif kami mengadakan pertandingan ini adalah bagi memberi ruang serta platform untuk mereka berkarya. Seterusnya pertandingan lain seperti nyanyian, pertandingan melukis, pertandingan pantun covid-19,sesi kongsi sinopsis filem,tazkirah/perkongsian ilmu secara maya dan karaoke bersama felo- felo dan pengetua turut diadakan sepanjang PKP ini berlangsung.
#Staysafe
#Stayathome
#Stayputwhereyouare
#KolejKediaman3
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.
ediaman 3 Universiti Malaysia Pahang masing-masing menunjukkan rasa syukur dan selamat berada di dalam kampus.
Pematuhan Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 adalah amanah yg perlu digalas sebaiknya oleh Semua Rakyat Malaysia. Bersama kita mematuhi perintah yang dikeluarkan dalam usaha kita menangani wabak #COVID19.
Pihak universiti juga sentiasa memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pelajar berada pada tahap memuaskan.
Semoga semua warga ump yang menggalas tanggungjawab demi memastikan pelajar sihat dan selamat serta seluruh petugas barisan hadapan diberikan kesihatan yang baik dalam menangani COVID-19 ini dengan kadar yang segera.
#StaySafe
#StayPutWhereYouAre
#StayAtHome
#StayInCampus
#KolejKediaman3
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.

[AGIHAN KIT KEBERSIHAN DAN MAKANAN RINGAN KEPADA RESIDEN KOLEJ KEDIAMAN 3]
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 10 April 2020, telah diadakan pengagihan kit kebersihan dan makanan ringan kepada pelajar yang masih menetap di Kolej Kediaman 3. Kit kebersihan yang disediakan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang ini adalah untuk menyediakan keperluan asas kebersihan kepada pelajar seperti sabun, ubat gigi dan berus gigi. Selain itu, mereka juga diberikan makanan ringan seperti biskut dan air kotak.
Rata-rata pelajar juga mengucapkan terima kasih dan bersyukur diatas bantuan yang telah dihulurkan oleh pihak pengurusan UMP.
Diharapkan penyediaan kit ini dapat membantu keperluan asas pelajar di residensi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
"KITA JAGA KITA"
#Staysafe
#Stayathome
#Stayputwhereyouare
#ResidensiPelajar3
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.
[AGIHAN KIT RAMADHAN DI KOLEJ KEDIAMAN 3]
Pada 19 April 2020, satu majlis agihan kit ramadhan telah disampaikan oleh pengetua bersama felo - felo Kolej Kediaman 3 kepada pelajar yang berada di kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Terdapat beberapa barangan dalam kit ramadhan ini seperti makanan ringan, minuman, buah tamar serta set mandian , shampo dan shower foam.
Semoga agihan kit ramadhan ini mampu meringankan sedikit beban pelajar dan menaikkan lagi semangat pelajar menjalani ibadah ramadhan sepanjang tempoh PKP ini.
"AHLAN YA SAHLAN YA RAMADHAN"
#Staysafe
#Stayathome
#Stayputwhereyouare
#KolejKediaman3
" WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.

[ UCAPAN OLEH PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN 3 : KENANGAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN]
Bingkisan Malam 25 ramadhan, kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan bermula tarikh 18 Mac 2020 sehingga ke hari ini.
Ketika ini saya berada,di dewan untuk penghantaran pelajar-pelajar Sabah yang akan pulang ke kediaman masing-masing. Universiti menjalankan proses penghantaran pelajar- pelajar ini dengan sangat terperinci.
Sedang saya mengambil gambar mereka di dewan,salah seorang pelajar telah mengambil gambar saya secara candid dan memuat naik didalam group pelajar beramai-ramai dan saya sangat terharu dengan ucapan terima kasih dan ingatan mereka di sepanjang musim PKP. Menitis air mata membaca satu persatu pesanan dari mereka dalam kumpulan pelajar dan juga peribadi.
Tidak mengira agama bangsa dan keturunan mereka tanpa henti mengutus penghargaan. Saya hanya menjalankan amanah yang diberi,kerana pada saya "This is not charity ,this is humanity". Saya menganggap mereka seperti ahli keluarga saya,kerna itu saya terus tanpa henti memastikan mereka mendapat yang terbaik semampu saya.
Dengan bantuan pasukan kefeloan saya yang setia dan sabar,merekalah penguat hati dan hikmah PKP ini memberi kekuatan ukhuwah antara kami.
Penghargaan buat Puan Hanisah,Puan Shatilla,Ustazah Azizah,Cik Shafiqah, Puan izzah Hayati dan Puan Ebtehal Atta El Sayed.Semoga Allah merahmati kalian yang tidak lari dari medan perang.

[SALAM AIDILFITRI, UMP RAIKAN PENUNTUT TIDAK PULANG BERAYA]
Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraikan lebih 400 penuntutnya yang tidak pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman.
Kefeloan KK3 dan KK1 (Rosjuliana Hidayu: Pengetua KK3, Dr Yusnita: Felo KK1 dan Ebtehal Atta: Pembantu Felo KK3 & Pelajar PhD) turut terlibat dalam pengagihan makanan kepada pelajar perempuan antarabangsa dan pelajar tempatan.
Antara sebab pelajar berkenaan kekal dikampus kerana bimbang 'membawa pulang' COVID-19 kepada keluarga.
Bagi mengubati kesayuan 1 Syawal, pihak UMP menyajikan pelbagai juadah tradisi seperti lemang dan rendang juga hidangan kambing panggang.
#KitaMampuMengubahnya
#PutuskanRantaianCovid19
#StaySafe
#StayPutWhereYouAre
#StayAtHome
#StayInCampus
#LetsDoThisTogether
"WE ASPIRE TO INSPIRE"
Yang menjalankan tugas,
Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3,
Universiti Malaysia Pahang.

[SAMBUTAN AIDILFILTRI BERSAMA PENGETUA DAN KELUARGA RESIDENSI PELAJAR 3]
Saya belum berpeluang bertemu ibu dan keluarga saya di Bangi juga keluarga mertua di Perlis.Alhamdulillah berpeluang meraikan jamuan hari raya kecil bersama keluarga kecil saya di kolej kediaman.Merekalah keluarga kedua saya disini.
Keluarga inilah bersama-sama saya menguruskan mahasiswi UMP saat awal PKP diumumkan sehinggalah sekarang.Moga setiap keikhlasan dari awal amanah tanggungjawab yang digalas, Allah menggantikan dan melipat gandakan dengan memberi ribuan rahmat kepada ibu dan ayah, keluarga, sanak saudara yang berada jauh tapi dekat dihati.
"Ibu dan keluarga tercinta moga kita ketemu nanti :) "
Ucapan oleh :
Puan Rosjuliana Hidayu Bt Rosli,
Pengetua Residensi Pelajar 3,
Universiti Malaysia Pahang.